Sunnah Gerakan Islam


TAJUK
Mukaddimah

Mukaddimah

Gerakan Islam dalam konteks sosialnya berlaku di semua negara Islam moden yang semuanya berkaitan dengan organisasi OIC. Ia suatu fenomena yang muncul setelah kejatuhan Khilafah Osmaniah. Ia bagai satu jelmaan semula identiti Islam yang selama ini dinaungi Khilafah Osmaniah ketika empayar ini masih wujud. Begitulah sebenarnya cahaya wahyu ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw , ia tidak akan hilang walaupun pelindungnya atau pengelolanya telah tiada.

Walaubagaimanapun gerakan Islam tetap berdepan dengan cabaran yang berliku sebagaimana sunnah yang telah dilalui oleh para nabi dan rasul dalam memastikan aqidah Islam kekal dalam lubuk hati masyarakat Islam. Logiknya apabila kerajaan khilafah Osmaniah telah tiada, maka masyarakat yang ada ketika itu pastinya terpinga-pinga, apa yang akan berlaku selepas itu dan apa pula yang perlu umat Islam lakukan. Dalam keadaan seperti ini pastinya hanya yang mempunyai latarbelakang pendidikan Islam sahaja yang mampu meletakkan diri mereka dalam kedudukan yang betul dalam konteks meneruskan legasi kecemerlangan Islam yang telah ditinggalkan oleh Kerajaan Khilafah Osmaniah  



Ciri-ciri Wali Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ : (إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيَّاً فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ. وَمَا تَقَرَّبَ إِلِيَّ…

Keep reading

Loading…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.