Usul & Qawaed Feqh


Mukaddimah 

Qawaed Feqhiah adalah antara ciptaan akal yang paling penting yang dicetuskan oleh minda para fuqaha. Ia adalah sejumlah perkataan yang menjelaskan tentang pemikiran feqh. Terbina dengan beberapa ungkapan ringkas , dikenali kemiripannya dengan simpulan bahasa  juga fungsi pendalilannya dalam segmen feqh Islam dan juga dunia perundangan. Ia banyak berkisar dalam hal prinsip hak perundangan yang diperakui oleh ahli perundangan sendiri. Kerana ia adalah hasil pemikiran yang seimbang dan logik , punyai nilai-nilai yang kukuh dalam pertimbangan syariah, komunikasi dan hak perundangan juga penghakiman.

Selagi mana ada kejadian, peristiwa dan perlakuan

manusia yang sentiasa terkini, maka qawaed feqhiah akan kekal wujud dan tidak terhenti. Di mana para hakim dan mufti perlu mengetahui apa undang-undang Allah azza wajalla dalam qawaed ini agar mereka dapat terus beramal atau dapat melakukan pencegahan

Mempelajari qawaed feqhiah bukanlah matlamat akhir, kerana tujuan mempelajarinya, adalah agar dapat mengenali undang-undang Allah dalam masalah yang dihadapi manusia dalam kehidupan mereka. Serta dapat mengetahui prinsip syarak dalam hal berkenaan. Matlamat akhir ini, dapat dicapai melalui gandingan qawaed feqhiah berserta dalil-dalil lain. 

.


Ciri-ciri Wali Allah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ : (إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ: مَنْ عَادَى لِي وَلِيَّاً فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالحَرْبِ. وَمَا تَقَرَّبَ إِلِيَّ عَبْدِيْ بِشَيءٍ … More